Saturday, March 31, 2007

20 Tanda Gila Internet Tahap Maksimum

  1. Anda makan dan minum di depan komputer sambil melayari forum atau membaca email anda.
  2. Anda sentiasa ternanti-nanti artikel-artikel baru daripada blog kegemaran anda.
  3. Masa untuk anda menonton tv dan membaca akhbar semakin kurang kerana anda lebih banyak membaca akhbar secara online.
  4. Anda membayar bil-bil anda semuanya secara online kerana anda merasakan lebih mudah menggunakan internet.
  5. Anda memuat-turun banyak ebook lebih daripada buku yang anda beli dari kedai buku.
  6. Anda terlepas banyak rancangan kegemaran anda (Ratapan Anak Tiri) kerana masa anda banyak dihabiskan untuk melayari internet.
  7. Anda sedang berkira-kira untuk menjadikan internet sebagai peluang untuk anda buat duit.
  8. Anda menghantar lebih banyak email daripada menghantar surat melalui pos.
  9. Anda memiliki banyak akaun email sampai anda sendiri lupa akan username & password email anda.
  10. Anda sudah berkira-kira untuk mempunyai sebuah website atau blog sendiri.
  11. Anda memesan domino piza secara online untuk menyambut hari jadi anda.
  12. Anda rasa seperti dunia sudah berakhir apabila anda tidak dapat melayari internet walaupun satu hari.
  13. Anda menyiapkan assignment dan menghantar kepada lecturer dengan menggunakan email.
  14. Anda ada lebih banyak kawan online daripada kawan di luar.
  15. Anda lebih banyak mendengar radio secara online.
  16. Anda lebih banyak mengingati alamat laman web kegemaran anda daripada tarikh harijadi keluarga anda.
  17. Perkara pertama yang anda tanya kepada kawan anda adalah email mereka dan bukannya nombor telephone mereka.
  18. Anda lebih banyak menurunkan tanda tangan di forum atau email berbanding tanda tangan sebenar anda di kertas.
  19. Anda sanggup membaca sehingga habis apa yang saya tulis di sini berbanding membaca isi penting di dalam buku nota anda. :-)
  20. Dalam kata lain anda memang gila internet sama seperti saya :-)
Sekian Terima Kasih...


Tags: , ,

No comments: